produk 4: IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL (IMAT)

OFFER 5 PLANS OF COMPREHENSIVE HOSPITALIZATION AND SURGICAL COVERAGE AT AFFORDABLE COST!

* Hospital admission Assist( HAA) card,

*comprehensive coverage

*renewal up to age 80

*unisex contribution rate- no distinction

* low contribution

*lifetime limit as minimum as RM90,000 and up to RM400,000 based on plan.

boleh hubungi saya untuk pengiraan caruman tahunan.013-5655128

 

produk 3: My Genius

Manfaat utama:

Perlindungan untuk penjaga dan  sebagai dana pendidikan, 50% akan diberikan 2 tahun sebelum tempoh matang, lagi 50% akan diberikan apabila sudah sampai tempoh matang.

eg:  Encik Firdaus,25 tahun mengambil pelan selama  20 tahun dari tahun 2008 sebanyak RM100 sebulan. 2 tahun sebelum tempoh matang,  beliau akan mendapat 20% dari jumlah perlindungan dan 1 tahun sebelum tempoh matang, beliau akan menerima 30% daripada jumlah perlindungan Apabila sampai tempoh matang,  peserta menerima 50% daripada jumlah perlindungan perlindungan dan lebihan terkumpul peserta(jika ada)  

contoh: kalau buat simpanan pendidikan di ASB, tiap bulan En. A mencarum RM100 selama 5 bulan, bulan ke-6 meninggal dunia, duit di ASB hanya ada RM600.

jika mengambil produk ini, tiap bulan En. A  mencarum RM100 selama 5 bulan dengan tempoh perlindungan 10 tahun. bulan ke 6 beliau meninggal dunia, automatik penama (anak) akan mendapat RM11500 dan akan diberikan apabila anak melanjutkan pelajaran atau sudah sampai tempoh matang. ( 10 tahun)

pelepasan cukai

sehingga RM3000 setahun

sumbangan bulanan

RM50,75 & RM100

produk 2: My Family Extend

MANFAAT UTAMA

Peserta mendapat peratusan tetap  daripada jumlah perlindungan  mengikut tempoh takaful.  semakin lama tempoh takaful,  semakin banyak hibah diberikan.    eg. : Encik Arif,25 tahun, mengambil pelan selama  30 tahun, sumbangan RM75 dengan jumlah perlindungan  bernilai RM107,500.Apabila sampai  tempoh matang, Encik Ali akan  mendapat 30% daripada RM107,500  berserta lebihan terkumpul peserta (jika ada)

Jumlah perlindungan akan diberikan  jika terjadi kematian atau kecacatan kekal bayaran  jumlah kematian diagihkan setiap bulan  sehingga 10 tahun.  wang khairat kematian bernilai RM1000 akan  diberikan apabila mendapat bukti sah kematian.

pelepasan cukai

sehingga RM5000 setahun

sumbangan bulanan

RM75&RM100

 

produk 1: My Family

MANFAAT UTAMA

ialah pelan takaful yang akan memberikan perlindungan apabila peserta meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. Jumlah perlindungan boleh mencapai RM107,500.

Peserta juga mendapat peratusan tetap  daripada jumlah perlindungan  mengikut tempoh takaful apabila sudah sampai tempoh matang dan peserta masih hidup dan tidak mengalami kecacatan kekal. Semakin lama tempoh takaful,  semakin banyak hibah diberikan.

eg. : Encik Ali,25 tahun mengambil pelan selama  30 tahun, sumbangan RM75  dengan jumlah perlindungan  bernilai RM107,500.Apabila sampai  tempoh matang, Encik Ali akan  mendapat 30% daripada RM107,500  berserta lebihan terkumpul peserta (jika ada).

MANFAAT   KEMATIAN ATAU KECACATAN KEKAL.

Jumlah perlindungan akan diberikan jika terjadi kematian atau kecacatan kekal   wang khairat kematian bernilai RM1000 akan    diberikan apabila mendapat bukti sah kematian

PELEPASAN CUKAI

pelepasan cukai sehingga RM5000 setahun

SUMBANGAN  BULANAN  

RM50 & RM75

mengapa Takaful?

Apa Faedah Takaful yang akan anda perolehi?

  1. Ketenangan.

anda telah memindahkan   beban kewangan untuk bayaran bil hospital dan pembedahan yang semakin meningkat  ini kepada pengendali takaful, jika apa-apa terjadi kepada anda, dana dari tabung tabbaruq yang akan dikeluarkan untuk pembiayaan kos anda. Bayangkan  dengan hanya RM50 sebulan*, kos penghospitalan dan pembedahan ditanggung melalui dana tabbaruq peserta takaful  yang lain.

  1. Kesenangan.

Dengan  mendisiplinkan diri membuat sumbangan melalui kad kredit, anda tidak perlu berulang alik ke bank atau berjumpa agen untuk membayar sumbangan.

  1. Kelebihan

–          Kelebihan utama takaful salah satunya ialah adanya peratus yang telah dijanjikan jika tiada apa yang berlaku sepanjang tempoh sijil dan hibah(jika ada)  juga akan diberikan kepada peserta apabila tempoh matang.

–          Kelebihan di akhirat

Setiap sumbangan akan  dipecahkan kepada tabung tabbaruq. Tanbung inilah yang akan digunakan untuk membantu peserta yang kurang bernasib baik. Sumbangan yang diniatkan atas dasar sedekah pasti akan mendapat pahala.

 

konsep bancatakaful dan Bank Muamalat

.

Apa itu Bankatakaful?

Produk kewangan yang terdiri daripada produk takaful keluarga dan takaful am dengan kerjasama  takaful  operator yang terkenal di Malaysia seperti Etiqa takaful, MAA, takaful Ikhlas. Bank Muamalat juga berkerjasama dengan Amanah raya untuk mempromosikan wasiat.

Produk utama Bnacatakaful dari  Bank Muamalat ialah:

  1. Takaful  keluarga
  2. Medical card
  3. Motor and road tax renewal
  4.  Wasiat

 

Mengapa Bank Muamalat?

Bank muamalat ditubuhkan pada  1-10-1999 dan hingga kini mempunyai  lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia dan bernaung di bawah  DRB-HICOM, salah sebuah konglomerat yang  besar di Malaysia yang dipunyai oleh Tan Sri Shiekh Mokhtar al- Bukhary, salah satu jutawan terkenal di Malaysia.

Jangan risau jika saya sudah berhenti kerja/meninggal dunia,  peserta boleh terus membuat tuntuan di Bank Muamalat atau Etiqa sendiri. Jadi tidak ada masalah susah nak membuat tuntuan.

takaful dan perbezaannya dengan insuran.

Apa itu Takaful?

Takaful ialah satu sistem yang berasaskan persaudaraan dan saling tolong menolong yang mana peserta saling menjamin dan akan membuat sumbangan yang ditetapkan pada setiap bulan. Sumbangan itu akan diberikan kepada  peserta yang  ditimpa malang.

Konsep yang digunakan dalam takaful ialah tabarruq bersyarat yang mana  peserta berniat untuk menderma dan pada masa yang sama mendapat perlindungan daripada operator takaful yang dipilih

Perbezaan takaful dan insurans

Konsep insurans ialah jual beli, yang mana anda akan membayar sejumlah wang dengan harapan mendapat jumlah perlindungan yang lebih besar di masa akan datang. Sebagai contoh, membyar premium RM100 sebulan dengan harapan mendapat RM200,000 jika terjadi kematian atau kecacatan kekal.Tetapi, jika tiada perkara yang dilindungi terjadi, jumlah perlindungan tidak akan dibayar dan kemungkinan peserta tidak akan dapat apa-apa dari insuran.

Selain itu, anda unsur keraguan yang mana pemegang polisi tidak tahu berapa jumlah sebenar yang akan diberikan jika terjadi apa-apa kejadian yang dilindungi.

Yang ketiga, insuran mempunyai unsur riba yang mana riba matawang. Dalam riba matawang, setiap pertukaran mestilah sama nilai dan transaksinya haruslah secepat mungkin. Sama nilai bermaksud RM1 jika ditukarkan pada US dollar nilainya mungkin 35 sen, dan transaksi mestilah dilakukan secepat mungkin. Dalam insuran, anda membayar RM100 untuk RM200,000 yang anda sendiri tidak tahu sampai bila akan membayar premium.

Jika apa-apa perkara yang dilindungi terjadi, syarikat akan membayar sum assured seperti yang telah dijanjikan. Jadi, jika pemegang polisi membayar RM100 untuk sum assured RM200,000 jika berlaku kematian atau kecacatan kekal, meninggal dunia 6 bulan selepas mengambil insuran, pihak syarikat harus membayar pampasan RM200,000 sedangkan pemegang polisi baru sahaja membayar RM600!

Berbeza dengan takaful, sumbangan yang diberikan atas niat sedekah bersyarat. pererta mendapat perlindungan dan jaminan dari pesertatakaful yang lain,
Jika apa-apa perkara yang dilindungi terjadi, peserta akan diberikan sum covered, yang mana dari hasil sumbangan peserta lain, perserta lain yang menjadi penjamin, bukan pihak pengendali takaful.

Assalamualaikum.

Assalamualaikum, saya Safiah Maisarah binti Daud. Saya bekas pelajar dari UiTM Shah Alam ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Saya ialah personal financial consultant di Bank Muamalat Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pelan kewangan yang berkesan insya Allah boleh membantu masa depan dikala diambang kesusahan, jadi sediakan payung sebelum hujan. Boleh buat perjumpaan dengan saya untuk maklumat lanjut tentang produk-produk kami. 013-5655128-safiah

Sabda Rasullah s.a.w:
Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya ( bagi orang lain)dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah;memasukkan rasa kebahagiaan keatas seorang muslim,menyelamatkannya dari penderitaan,melunaskan hutangnya atau mmengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk didalam masjid debulan lamanya.
Hadis riwayat al- Tabrani